Ini adalah sumbangan daripada anda sepanjang bulan Ramadan ini!
Terima kasih kami ucapkan!

Keluarga yang dibantu

Beg beras yang disumbangkan

KG beras yang telah mengisi perut mereka yang memerlukan

Siapa yang anda telah berikan impak?

Setiap pembelian produk kami telah membawa impak kepada keluarga yang memerlukan yang telah dikenal pasti melalui rakan kongsi kami, Insaf Malaysia.

Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia merupakan sebuah badan NGO yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada gologan yang kurang bernasib baik akibat bencana alam dan kemiskinan di dalam dan luar negara.

Dana Tabung Riang Raya Bersama Era telah disalurkan untuk menolong program "Sekampit Beras Satu Keluarga" anjuran Insaf Malaysia. Program tahunan ini yang telah masuk tahun ke-7 diadakan bertujuan mengumpul beras untuk diagihkan kepada golongan asnaf, rumah-rumah anak yatim, warga emas, warga OKU, masyarakat orang asal yang daif dan golongan kurang berkemampuan di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa buah negeri lain.